TIPS MEMILIH CADAR YANG BAIK
Kain cadar amat penting dan
menjadi sebahagian daripada keperluan rumah, sebab itu ia berpotensi untuk
menjadi mahal. Beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian
cadar. Sebagai contoh, cadar sutera mungkin kelihatan mewah di bilik tidur,
tetapi tidak praktikal jika cuaca panas.
Keutamaan peribadi adalah faktor
yang penting dalam membuat keputusan pembelian cadar. Hanya anda tahu apa yang
anda mahu untuk menjadikan bilik tidur anda lebih selesa.
Beberapa panduan untuk anda memilih
cadar yang sesuai sebelum anda mula membeli.
1) Pilihan warna yang sesuai
- Pilihlah warna cadar selari
dengan warna selimut dan juga sesuai dengan suasana bilik tidur.
2) Pilih saiz yang betul
- Cadar
yang dipasang terlalu besar atau kecil tidak akan muat dengan baik. Anda perlu mengetahui saiz tilam samada Berkembar (twin),
Penuh (full), Ratu (queen), Raja (king), Berkembar panjang (twin full), tempat
tidur bayi (crib), dan anda juga perlu tahu kedalaman tilam (diukur dalam inci).
3) Memilih jenis fabrik dan kualiti fabric
- Fabrik cadar datang dalam pelbagai jenis kain:
kapas, polyester, sutera, campuran dll. Pilih fabrik yang menarik kepada anda
secara peribadi. Perkara berikut harus diingat apabila memilih fabrik untuk
cadar :
- Polyester/campuran poly akan cenderung untuk
berasa tidak selesa dalam kelembapan yang tinggi.
- Kapas memberikan keselesaan yang lebih baik dan
kualiti yang baik akan tahan lebih lama.
- Cadar daripada jenis Rayon akan berasa lebih
sejuk daripada kapas, apabila disentuh.
4) Pilih cadar yang sesuai dengan cuaca
- Cadar
daripada material bulu (wool) lebih selesa dalam cuaca sejuk.
- Cadar
daripada material kapas adalah contoh fabric yang nipis dan jenis kain yang bernafas,
sesuai dipakai meskipun cuaca panas.
5) Ketahui maklumat penjagaan fabrik
- Sebagai contoh, jika anda tidak mahu gentian itu
luntur, carilah cadar yang tidak memerlukan penjagaan yang khas. Jenis kain
juga mempengaruhi penjagaan cadar. Beberapa kain sintetik, seperti polyester
atau nylon, boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. Cadar yang murah lebih cenderung
untuk mengandungi gentian-gentian jenis ini.
6) Membandingkan harga cadar
- Sebaik sahaja anda tahu saiz,
jenis dan kualiti cadar yang anda mahu beli, boleh pergi secara online untuk
membandingkan harga. Apabila anda menjumpai harga yang rendah, anda boleh membeli
samada secara online atau boleh juga ke kedai-kedai untuk membandingkan harga.
7) Membeli cadar yang mudah untuk dibersihkan
- Sebagai
contoh, cadar sutera, walaupun lembut, ia perlu dibasuh secara kering
(dry-clean) atau dibasuh tangan. Linen perlu dicuci seelok-eloknya sekali
seminggu.
Gunalah
cadar daripada fabric yang asas, dan simpanlah cadar yang khas untuk
majlis-majlis yang istimewa.
Lawati kami di FACEBOOK Usrah Collections
No comments:
Post a Comment